Mahidah Mahali.
Tuan Tanah


Mahidah Mahali. 25 tahun (2021)
Separuh extrovert, separuh lagi antisosial
-Seorang ibu kepada Siti Nur Aisya Ameena-

Post Blog Tuan Tanah Link

Instagram



Senarai Post Terdahulu
Huda Syafiqah 's 1st Giveaway
"Segmen : Review Blog By Fateha Halim"
♥ Sasem moments in my heart ♥


Kredit
Template : Medd
Header comel :Medd
Tuan tanah: Mahidah Mahali
Paparan terbaik : Google Chrome
My Last Episode For 2012.School Back !
Saturday, December 22, 2012 | Saturday, December 22, 2012 | 0 comments




Tinggal seminggu je cuti sekolah? What the tuttttttt ~ =.="


Ehemm ehemm *batuk kejap* Anak dara Encik Mahali Amat ini baru menyedari bahawa masa itu singkat.Cepat.Padat.Hatta sekalipun dia mahu merasai kenikmatan cuti sekolah selama-lamanya,dia perlu menyedari bahawa perkiraan hari menuju 2013 sudah tidak panjang.Ini menyebabkan dia tergesa-gesa menyiapkan segala kelengkapan asrama dan sekolah yang masih belum dibeli.

Provokasi yang berlaku antara minda dan gerak perlakuan anak sulung kepada Encik Mahali ini menyebabkan segala urat sarafnya hampir putus,Otaknya semakin senget sebelah.DNA dan RNA dalam otaknya bergiat aktif 24 jam memikirkan bagaimana dia harus menyiapkan segala kerja sekolah yang menyemak seperti anjing kurap yang berkeliaran di hadapan rumahnya.

Bagaimana dengan keadaan SM Sains Sembrong,Kluang pada tahun hadapan?Apakah nasib anak Mahali ini?Semakin 'sihat' atau seperti mayat hidup di sana?Apakah perangai guru-gurunya akan berubah?Apakah cabaran yang akan dihadapi menjelang peperiksaan SPM 2013?Adakah dia semakin malas atau "siang tidur,malam berjaga" di asrama?Adakah pada tahun depan dia masih boleh bergelak ketawa atau murung menanti SPM? Masihkah dia rindu pada kucing 12 ekornya dgn kehadiran kucing baru,so jadi 13 di rumah? Arghhhh,begitu personofikasi otakku ini !

CUT !!!

STOP ! Haha,pandai tak aku buat cerpen pendek?Lol.Drama lebih.Aku ni amek pengalaman masuk pertandingan mengarang masa darjah 6 je.Lawan budak daerah Kulaijaya.Alhamdulillah,dapat no.1.Chett *kembang pipi* :D Lawan negeri Johor,dapat no 9 je..daripada 56 sekolah.Tak terer mehh :)

Ehh,apa aku merepek ni?Cuti sekolah dah nak habis,aku tak siap packing barang asrama lagi.Kerja sekolah 50-50 siap.Beg &kasut sekolah tak beli lagi.Aku bakal berpisah dengan family,dengan kucing2 aku.Eishhh,macamciaa betul ! Korang,ini hari last aku online,aku update blog.So this is my last entry for 2012.Jangan rindu aku * bluekkk,sape nak rindu aku -.-" * 

Ni amanat aku sebelum aku chaww.Specially for you all :

  Doakan aku untuk SPM 2013,nak 9A+
  Rindu aku taww *sakai much*
  Aku balik rumah tahun depan sekali sebulan je,tsk tsk ;'(
  Doakan aku untuk GA contest yang aku dah join.Hopefully menang.Amin~
  Facebook,Twitter dan Blog ini akan deactivate buat seketika semasa balik asrama
  Akan kurang calling,mesej,status FB dan tweet aku.hmppfttt =.=
  Berazam nak rajin,tanak main lari2 kat sekolah masa Form 4 dulu
  Kurang penglibatan dalam acara lari 400 meter,800 meter atau 1500 meter masa 
      Form 5 walaupun khidmat aku masih diperlukan,wekkk!  *arahan parents aku*
  Aku takkan lupa Muhammad Nasrul Azim.Saya akan cuba setia  
  Please jaga hati,iman dan kesetiaan awak my dear :)
  I love you my family,ohsemm friends and my MAGICPANDA.Aummm  


Bye bye all bloggers,all my friends there.See you soon in 2013.May Allah bless my day and yours too.Tataa,wassalam :D


Post Terdahuluts> | New things