Tuan Tanah
![]() ![]() ![]() Separuh extrovert, separuh lagi antisosial -Seorang ibu kepada Siti Nur Aisya Ameena- Instagram Senarai Post Terdahulu
Kredit
Template : Medd
Header comel :Medd Tuan tanah: Mahidah Mahali Paparan terbaik : Google Chrome |
At last . SPM IS OVER !
Sunday, December 1, 2013 | Sunday, December 01, 2013 | 0 comments
![]()
Ya Allah . Alhamdulillah. Syukur. SPM sudah tamat. Yeayyyy. Sumpah penat sangat. 2 tahun belajar, struggle habis habisan demi menamatkan zaman persekolahan sangat menyukarkan. Dah berapa bulan tak update blog. Fuhh berhabuk. Selama 6 bulan, menjauh daripada laptop, dek kerana tinggal kat asrama *tapi aku degil jugak, bawak senyap senyap hehe* . Kelas tambahan gila gila padat. Kadang kadang sampai malam. Nak buat macam mana, matlamat SASEM nak melahirkan murid cemerlang cewahh.
Lepas dah habis paper Biology, semua berlari keluar dewan, menjerit. Haha dah merdeka. masing masing amek gambar. Hah hamek kau. Semua keluarkan handphone dari poket. Dah tak kesah pasal cikgu. Cikgu pun dah tak peduli.
![]()
Masing masing tersenyum. Tapi dalam hati madah sendu. Sedih kot kena berpisah dengan kawan kawan lepas ni. Beza taw kawan kat sekolah berasrama penuh dengan kawan kat sekolah harian biasa. Kami kat sini semua duduk jauh jauh. Ada yang dari Melaka, Selangor, Kelantan pun ada. Kawan kawan aku dari Mersing, Muar, Batu Pahat, paling dekat pun Kulai & JB. Mana ada yang dekat. Hmm nak nangis. Lepas ni memang susah nak berjumpa lagi :'(
![]()
Faraniza. Kembar aku tak seibu sebapa tu. Sayang sangat sangat kat dia. Memang jenuh jugak layan karenah ni sometimes. Dengan merajuk dia, baran dia. Thanks god aku ni penyabar sikit hehe. Fara, jangan marah eh? Hihi. Tapi dia juga lah yang selalu tunggu aku kalau nak pergi sekolah, makan, solat.Terima kasih Fara. Oh satu lagi. Aku suka pinjam handphone dia, nak dengar lagu favourite aku. Fading flower~
![]()
Ha, yang ni ahli Dorm 17. Asalnya aku ketua dorm 44. Bila SPM ni, kami kena pindah. Kena satu dorm dengan pelajar pelajar Form 5. Nak ketenangan katanya. Kami bersama selama 2 minggu sahaja. Sedih. Aku rindu keriuhan mereka. Kekecohan mereka. Makanan mereka. Ehek. Sedap nyummm. Tak dapat dilupakan masa habis paper Addmath. Aku balik ke dorm, menangis, campak buku & pen dari tingkat atas. Nak dijadikan cerita, dah macam sawan tahu tak. Siapa ek yang tarik aku ramai ramai masuk dalam dorm? Hah merekalah. Kawan satu dorm aku. HAHA. Minta maaf eh kalau korang terkejut dengan perangai aku tu. Aku stress masa t
u. Addmath susah gila nak mati. Rasa macam aku pun mati sekali. Lewlss. Kawan . Selamanya. Selamat tinggal JC113. Selamat tinggal SM Sains Sembrong, Kluang, Johor. Skandal kerana dibahan orang . Hari terakhir . Haha berdekak Setiap perpisahan ada hikmahnya. Jadikan kenangan antara kita dahulu sebagai kekuatan dan semangat untuk bangkit pada masa hadapan. Terima kasih kawan kawan . Jangan lupakan aku. Aku rindu sangat kat korang. Sumpah. XOXO. Wassalam. |