Mahidah Mahali.
Tuan Tanah


Mahidah Mahali. 25 tahun (2021)
Separuh extrovert, separuh lagi antisosial
-Seorang ibu kepada Siti Nur Aisya Ameena-

Post Blog Tuan Tanah Link

Instagram



Senarai Post Terdahulu
At last . SPM IS OVER !
Thankyou ! Alhamdulillah for the review blog conte...
My Last Episode For 2012.School Back !
Huda Syafiqah 's 1st Giveaway
"Segmen : Review Blog By Fateha Halim"
♥ Sasem moments in my heart ♥


Kredit
Template : Medd
Header comel :Medd
Tuan tanah: Mahidah Mahali
Paparan terbaik : Google Chrome
Pesanan untuk diri.
Monday, December 16, 2013 | Monday, December 16, 2013 | 0 comments


Selamat pagi manusia manusia sekalian. Yang tak jemu membaca blog aku yang semakin usang ini. Haha .

Pernah rasa sukarnya hidup dalam masalah? Pernah rasa banyaknya dosa dah tergalas atas bahu kiri kau? 

Ya.Aku juga pernah.

Aku rindu kehidupan lama aku. Aku rindu zaman persekolahan aku yang pada aku, guru-guru, rakan-rakan menjadi pendorong, pembimbing hati aku. Kenapa aku berkata begini? Selepas aku tamatnya zaman persekolahan aku pada 27/11/2013 , baru aku sedar hidup sendiri di luar pagar asrama sangat mengerikan. Terlalu banyak cabaran. Dan noda. Maksiat di mana-mana .

Orang masih bawa mulut tentang aku, orang masih mencari kesalahan aku. Tolong, aku dah tak nak berdendam. Masih nak cari pasal? Nak maki aku lagi? Lantak kau. Memang kita hidup kat muka bumi , kita takkan puaskan hati semua orang. Aku berpegang pada prinsip ini.

"Aku hidup untuk sembah yang di atas langit, bukan di bawah langit"

Ingat Allah. Kita ni pendosa tanpa henti. Sampai mati.

.GODAAN.

Apabila aku melangkah ke alam pekerjaan, aku rasa godaan dan cabaran tu semakin kuat. Dengan kehadiran beberapa lelaki yang menagih janji, aku bingung. Aku perlu mengejar cita atau cinta  ?

Ya Allah, kuatkan imanku . Aku tak mahu jatuh ke dalam janji manis lelaki lagi. Biar aku lambat jodoh, asalkan aku jumpa bakal khalifah yang dapat bimbing aku dengan sebaiknya. 

Aku harapkan dia berubah. Berubah untuk bimbing aku , jadi Muslimah yang lebih baik. Aku mohon. Tolong. Segera selamatkan aku dari pandangan hawa nafsu lelaki lelaki yang bakal merosakkan itu.


Post Terdahuluts> | New things