Mahidah Mahali.
Tuan Tanah


Mahidah Mahali. 25 tahun (2021)
Separuh extrovert, separuh lagi antisosial
-Seorang ibu kepada Siti Nur Aisya Ameena-

Post Blog Tuan Tanah Link

Instagram



Senarai Post Terdahulu
Pesanan untuk diri.
At last . SPM IS OVER !
Thankyou ! Alhamdulillah for the review blog conte...
My Last Episode For 2012.School Back !
Huda Syafiqah 's 1st Giveaway
"Segmen : Review Blog By Fateha Halim"
♥ Sasem moments in my heart ♥


Kredit
Template : Medd
Header comel :Medd
Tuan tanah: Mahidah Mahali
Paparan terbaik : Google Chrome
MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UITM SEGAMAT 2014
Monday, June 9, 2014 | Monday, June 09, 2014 | 0 comments

Minggu Destini Siswa (MDS)


Assalamualaikum,
Entry kali ni padat,mampat tersendat dengan gambar. Sila tatap sampai juling.


8.45 pagi. 1 Jun 2014. Alhamdulillah selama tiga jam perjalanan dari Kulaijaya, sampai jua ke UiTM Johor di Segamat. Saya disambut oleh abang abang senior depan pintu masuk. Mereka ada hulur sehelai kertas kepada setiap kereta yg masuk ke perkarangan uitm. Mula mula ingatkan brosur or what so everlah kan, rupa-rupanya itu kertas yang tercatat nama kolej kediaman pelajar. Okay, saya dapat kolej SiManja Kini. Eww manja? Pelik -.- Hahahaha. Or we just call it Kolej SMK. Pheww.




Mak dan adik adik. Kononnya aku tengah senyum, padahal sedih tu kena tinggal. Wuuuu

Okay masa hari pendaftaran, tepat pukul 4 petang, siswa-dan siswi dah secara rasminya berpisah dengan family. Lepas Asar Minggu MDS telah bermula. Maka abang kakak PM terus bertukar rupa. Jika dari pagi anda semua melihat abang kakak PM ni menjadi manusia yang paling ayu dan handsome, sekarang tidak lagi.*evil laugh*. Manis tetap ada,tapi senyuman tadi sudah bertukar rupa.


"Selamat datang ke Minggu Destini Siswa Uitm Johor bagi sesi Jun-Oktober 2014"

Sepanjang minggu MDS, siswa dikehendaki memakai pakaian formal,kemeja + tie, manakala siswi wajib bertudung,berbaju kurung dan berkasut sukan. Mari gelakkan diri sendiri. Memang annoy gila pakai baju kurung plus sport shoes, tapi which one u want?, kaki melecet or nak kelihatan comel sepanjang masa.?Sudah pasti lah sport shoes pilihan hati. Hikmahnya di sini ialah sepanjang tempoh MDS dijalankan, siswa dan siswi akan berlari larian ke sesuatu tempat. Tagline paling famous yg akan kita dengar dari mulut abang abang dan kakak kakak PM "PANTAS SISWI PANTAS!!!" "SISWA, PANTAS SIKIT!"





Oh yeah. Saya menyirap sebenarnya tapi saya diamkan je. Sebab saya tahu masa itu emas.


Majlis Perasmian Minggu Destini Siswa 2014


Gelombang ungu.

Okay. Sehari sebelum majlis perasmian, korang akan dinasihatkan untuk prepare baju kurung putih plain dengan kain hitam (for siswi) . Yang siswa tu kemeja putih + slack hitam rasanya. part ni paling best. Kami dapat tudung uitm free. Tudung bawal purple bercorak bulat bulat. Yay. Tapi yang nyirapnya time nak pakai tu. Allah huakbar ! Menguji keimanan. Terimalah hakikat itu bukan tudung bawal cotton, tu bawal kain jojet. hah apetah. yang pasti kau akan blow tudung kau lebih 10 kali. cehh nipu je kerjanya.



Hai. Nama dia Nazirah. Saya panggil dia Jie. Dia kawan first saya kenal kat uitm segamat ni. Okayy happy :) *time ni aku tak cukup tidur, so muka pucat sangat lol. Huduhhhh*




Nyanyi lagu UiTM sudah, persembahan sudah, ikrar pelajar sudah , bla bla bla. Ok habis. Balik, pi dewan makan, solat, pastu pi Dewan Sri Temenggung lagi. Macam biasalah. Ceramah, taklimat etc. Ok kita tidur jap ye hehe penat.


Moment pabila siswi diminta solat zohor berjemaah di atas pentas DST disebabkan para siswa nak guna masjid untuk solat Jumaat. okayyy.


Erm sebenarnya banyak program yang kami lakukan sepanjang minggu MDS ni. Tapi tak dapat nak cerita secara detail sebab sekarang dah busy sikit. Dah habis mds, so dah start kuliah lah ye. Time mds pun, tak sempat nak ambil banyak gambar sebab handphone asyik kong je battery *24 hrs online je hihi* . So kenangan semua simpan dalam otak jelah ye.

Tahniah kat semua PM PM yang bertugas sepanjang minggu mds ni. Mereka banyak habiskan masa, tenaga, macam macamlah sebab nak jaga kami yang macam hape ntah ni. Perangai semua nak kepala batu je kan haha. Almaklumlah generasi Y. Dengar cakap smartphone je lebih lol.  Mereka pun sabar jelah layan kami. Pstt. Nak cakap, akak akak abang abang senior kat sini semua cantik, hensem. Tak tipu. Haha lol *nada berbisik*


Erm apa nak cakap ek? Okaylah dah pukul 1.53 a.m. Saya dah mengantuk. Esok ada kelas Math. Assignment tak siap lagi haha kejadah kau Mahidah. Takpe. Kelas waktu tengah hari. Selamat tengah malam semua. Bye !







Post Terdahuluts> | New things