Mahidah Mahali.
Tuan Tanah


Mahidah Mahali. 25 tahun (2021)
Separuh extrovert, separuh lagi antisosial
-Seorang ibu kepada Siti Nur Aisya Ameena-

Post Blog Tuan Tanah Link

Instagram



Senarai Post Terdahulu
How to make your lips look georgeous.
Panduan rawat hati yang sedih
FINAL EXAM.
Test, Rileks, Raya.
MINGGU DESTINI SISWA (MDS) UITM SEGAMAT 2014
Pesanan untuk diri.
At last . SPM IS OVER !
Thankyou ! Alhamdulillah for the review blog conte...
My Last Episode For 2012.School Back !
Huda Syafiqah 's 1st Giveaway


Kredit
Template : Medd
Header comel :Medd
Tuan tanah: Mahidah Mahali
Paparan terbaik : Google Chrome
Game over. Heartbroken.
Saturday, September 6, 2014 | Saturday, September 06, 2014 | 0 comments





Aku tak tahu kenapa kau dah berubah sekarang. Sangat sangat berubah. Kau dah start fikir benda yang tak baik pasal aku, kau dah start tak percayakan aku. Silapnya aku di mana? Bila aku tanya, kau cakap "Kau dah besar. Dah tahu apa kau buat". Doh, selagi kau tak cakap, aku takkan tahu lah weh.

Dia gunakan ayat "busy kat UiTM" sebagai lesen untuk menyalahkan aku. Ye, memang. Memang aku busy kat uitm ni. Final exam tinggal dua minggu lagi. Sibuk dengan kawad kaki. Hampir sebulan lebih tak dapat tidur cukup. Setiap hari 3 jam je tidur. Denagn nak siapkan assignment lagi. Kenapa kau tak cuba faham?

Ke selama ni kau fikir aku layan orang lain?



Aku tak terniat pun nak abaikan kau dengan sengaja. Kan aku dah cakap, bila aku tengah study, bila aku ada aktiviti, aku memang takde masa nak balas wasep, balas wechat. tapi lepas dah setel semua, aku reply jugak kan? Kenapa cakap aku dah berubah, dah abikan kau?

Kenapa kau dah makin kurang kesabaran pada aku? Kenapa kau lebihkan makian daripada teguran kepada aku? Dulu masa kau sibuk kerja, aku lagi risau bila kau rapat dengan orang lain. Aku risau bila kau dah jarang tegur aku, Tapi pernah tak aku keluarkan ayat yang tak baik pada kau?

Kalau dah tak suka saya, cakap. Jangan berkias. Saya bukan tunggul. Saya bukan batu yang awak boleh sepak bila awak nak. 1 tahun 8 bulan saya kenal awak. Nak sia siakan macam tu je ke? Tak rasa buang masa ke? Please. Direct talk to me and say sincerely if you're still need me or not. That's it.

Tak sukalah kalau kau cakap sayang tapi still dengan ego kau. Lari dari masalah, berdiam diri daripada aku. Macam tu ke? Aku just mintak penjelasan je kenapa kau jadi pemarah sangat sampai jadi macam ni. Pastu kau balas dengan ayat meleweh entah ke mana. Berkias bagai. Aku nak kau direct je. Jujur kan senang. 

1 tahun 8 bulan dan aku hidup dengan air mata. Ya, aku banyak menangis sebab kau. Aku menangis bila kau tak ada time aku ada masalah, aku menangis bila rindu, aku menangis yang amat bila kau tinggalkan aku. Kau? Aku boleh kira pakai jari rasanya. Aku menangis bukan bermaksud aku lemah. Aku penat nak berkata-kata. Aku penat nak bertekak dengan kau. Aku dah penat nak bidas ayat kau. Dah cukup penat.

Kalau ada yang lebih baik daripada aku, yang lebih bebas, yang lebih cantik, yang tak duduk tempat terkurung macam aku, yang boleh layan kau 24 jam,yang tak busy dengan pelajaran mcm aku, yang tak baran macam aku, yang lebih ayu, yang tak duduk jauh dari kau, yang boleh jumpa kau hari hari, pergilah. Aku cuma takut selama ni kau simpan aku tapi kau tak pernah bahagia. Jangan biarkan aku rasa serba salah pada kau.


Maaf kalau aku terlalu emosi. Maaf jika perasaan aku banyak terluah di sini. Maaf jika kau terpaksa baca karangan aku yang berjela panjangnya. I DONT CARE AT ALL. Biarkan aku tenangkan diri aku, biarkan aku tidur seketika. just leave me alone and gimme some space to forget those problems.

Assalamualaikum.



Post Terdahuluts> | New things