Mahidah Mahali.
Tuan Tanah


Mahidah Mahali. 25 tahun (2021)
Separuh extrovert, separuh lagi antisosial
-Seorang ibu kepada Siti Nur Aisya Ameena-

Post Blog Tuan Tanah Link

Instagram



Senarai Post Terdahulu
Kenapa emo sangat ni?
Review -- Percubaan pertama Gel Mat Vietnam Mask
I'm back and i'm bored
Tips Untuk Panjang dan Lentikkan Bulu Mata
My daily fashion guide : Hijab dan hipster (ke?)
Game over. Heartbroken.
How to make your lips look georgeous.
Panduan rawat hati yang sedih
FINAL EXAM.
Test, Rileks, Raya.


Kredit
Template : Medd
Header comel :Medd
Tuan tanah: Mahidah Mahali
Paparan terbaik : Google Chrome
Tips & Trick Mendapatkan Instagram Feed Yang Kemas Dan Ohsem !
Saturday, October 3, 2015 | Saturday, October 03, 2015 | 0 comments

Okey, siapa kat sini yang tak tahu & tak pernah nak ambil tahu pasal insta feed ni? Yang tanak ambil tahu langsung tu ke tepi. Kau tekan je button exit merah tu (ceh halau eh) . Aku pun masa mula mula main instagram tak pernah peduli pun pasal instafeed ni.

APA ITU INSTAGRAM FEED?

Instagram feed ialah galeri foto dalam intagram korang. Kira senarai gambar yang korang post tu lah. Instafeed ialah benda utama yang orang akan tengok, Bagaimana kemasnya instafeed korang, tinggi jugaklah impression orang yang visit ig korang tu .
"Habis awat oqang muka segak segak tu tak kemas pun instafeed dia? Terabuq ja. Orang suka ja visit"  tu pi lantak dia lah. dia dah lawa nak show off satu dunia pun dia fikir apa terabur ke tak. Kita yang biasa biasa ni , mari perkemaskan setiap bakat yang kita ada ! Ceh


                          


                     


Yang atas tu contoh instafeed aku (yang sekarang). Tak lawa mana pun. Biasa biasa ja . Belum tahap profesional igers siap tangkap gambar lompat lompat dengan filter super special (lol) . Cuma dah diperbaharui (sebelum ni memang main cincai je feeds. Buruk namatey -__- )


SENARAI INSTAGRAMMERS DENGAN INSTA FEED OHSEM

1. @syahirgraphy - My idol in photography. ceh. insta feed dia lawa. Berseni. Smart. He's one of my senior at UiTM Segamat. aku sendiri pernah datang ke kursus fotografi & belajar depan dia. Dia yang tolong ajar aku cari angle, set lighting, apps apa yang bagus untuk fotografi.

2. @safwnsmt - insta feed tema aesthetic sikit. banyak pakai filter Hypebeast 2 (VSCOCAM) . Banyak fokus pada nature & environment.

3. Abeden - igers yang paling femes kat Malaysia. dia start femes lepas fenomena Selendang Abeden (yang korang tengok ada selendang merah biru terbang dalam gambar tu)

4. @socalitybarbie - ig paling smart gila aku pernah jumpa (walaupun acc ni cerita pasal barbie). 


Kesian korang. Tips nya dah nak hujung hujung aku beritahu haha.


TIPS MENDAPATKAN TEMA INSTAFEED YANG KEMAS :

  •  Dapatkan inspirasi dari insta feed kegemaran anda - apa yang anda suka tentang mereka? Apa yang membuatkan gambar mereka nampak menarik? Perkara yang korang perlu peka dan belajar ialah brightness, saturation, color scheme, tints. exposure juga ya. *kenapa tetiba anda ni ? haha*
  • Crop semua gambar dengan saiz yang sama - tolonglah . before korang post tu, kasi crop gambar ikut saiz 1:1 (standard square size for instagram) . Agak serabai sebenarnya bila korang kejap post gambar bentuk square, kejap gambar bentuk rectangle. Dah boleh berubah daripada sekarang. Kalau nak rectangle, kasi semua gambar rectangle jugak. Boleh tengok contoh di instagram Zainie *padan muka kau kahkah*
  • Guna filter yang sama untuk semua gambar - Untuk kebaikan insta feed korang jugak. Nak kasi kemas dan cantik, pastikan semua seragam dalam pencahayaan & efek. Kalau dah biasa pakai filter A6 / C1 / HB2 / T1, pakai satu atau dua filter je yang biasa korang pakai. Lepas tu ubah setting for exposure, contract, sharpen. Cubalah. Nanti korang akan nampak perbezaannya.
  • Disiplinkan diri untuk post gambar yang bernas & bererti - ya rakan rakan. Awak ingat fotografi takde peraturan ke? Disiplinkan diri untuk fikir sebelum post. Kadang-kadang apa yang kita nak post, mungkin akan berunsur offensive or annoying untuk followers. Kalau 24 jam post gambar asyik muka kau je, orang cepat naik meluat, dik non. Walaupun kau cantik tahap dewa. Cuba tunjuk life kau tu tak hambar dan sedih. Tunjuk sikit outdoor pictures. Alam sekitar ke, haiwan ke, vacation ke. Family tu paling penting. Dan sila jauhkan diri anda dari post benda yang merapu. Elakkan post gambar teh ais mamak, selipar jamban, percintaan putus di tengah jalan, muka anda yang sedang mengalir air mata di pipi dan sewaktu dengannya. Simbol f*ck pun pun diharamkan. Sumpah nak kena baling kasut. Kita Melayu, bukan standard omputih gelarkan diri sendiri "Bitch"
  • Elakkan penggunaan collage - supaya insta feed tak serabut. Post gambar satu satu. Orang tak marah pun kau nak post berapa banyak gambar dalam satu hari.


SLOW SWITCH YOUR INSTA FEED !



Bloggers and Instagrammers alike have been seriously stepping up their Instagram game lately. If you want to join their ranks and have a gorgeous, cohesive feed with a strong theme - check out my tips at www.mostlymorgan.com!


Contoh : Kalau sebelum ni gambar korang banyak fokus pada warna putih dan korang cuba nak tukar tema feeds korang, slow slow post gambar yang korang nak sampai dapat stabilkan balik insta feed tu. Dah stabil dengan gambar nature ke apa, korang padam gambar yang lama.

Kalau korang masih konfius nak dapatkan tema intagram yang cantik, tolong rajinkan diri buka Youtube, cari tips dari international igers. 


LINK YOUTUBE (JENIS JENIS TEMA YG CANTIK UNTUK INSTAGRAM)



Selamat berjaya ! 



Post Terdahuluts> | New things