Mahidah Mahali.
Tuan Tanah


Mahidah Mahali. 25 tahun (2021)
Separuh extrovert, separuh lagi antisosial
-Seorang ibu kepada Siti Nur Aisya Ameena-

Post Blog Tuan Tanah Link

Instagram



Senarai Post Terdahulu
Cara nak melukis Tumblr Outlines (How to Do Tumblr...
Tips & Trick Mendapatkan Instagram Feed Yang Kemas...
Kenapa emo sangat ni?
Review -- Percubaan pertama Gel Mat Vietnam Mask
I'm back and i'm bored
Tips Untuk Panjang dan Lentikkan Bulu Mata
My daily fashion guide : Hijab dan hipster (ke?)
Game over. Heartbroken.
How to make your lips look georgeous.
Panduan rawat hati yang sedih


Kredit
Template : Medd
Header comel :Medd
Tuan tanah: Mahidah Mahali
Paparan terbaik : Google Chrome
Pengalaman Syahdu Bagi Pelajar Asrama
Saturday, November 26, 2016 | Saturday, November 26, 2016 | 0 comments


Hai ! Terima kasih kerana kembali bersama saya *big hugs*


"Pernah duduk asrama 5 tahun kan? So ceritakan sikit apa yang best pasal asrama ni. Betul ke ada hantu?"

Hantu ke syaitan, semua tempat dia ada. Dalam rumah pun boleh. Tak tak, ni bukan sesi nak menakutkan orang.

Med mula masuk asrama start Form 1. Tahun 2009 rasanya. Asrama harian di SMK Bandar Putra. 3 tahun kat sini , then berpindah ke sekolah berasrama penuh, SM Sains Sembrong, Kluang, sampailah tamat Form 5, tahun 2013.

Tipulah kalau tak pernah rasa nak lari masa first time duduk asrama. Menangis ! Haha. Dah lepas 2 tahun, baru ok sikit.

DEWAN MAKAN

Makan minum ada orang tolong hidangkan. Tapi feel dia lain sikit since takde mak ayah kat situ. 
Kat asrama tak boleh cerewet ya. Menu kau memang setiap minggu pihak dewan makan dah tetapkan.


Menu seimbang untuk tumbesaran kanak-kanak terlebih dewasa. Imej dari MOE (link ke fail DOC).
Contoh menu minggu pertama. Minggu lain, lain pula menunya. Gitu.

Satu lagi makanan paling femes di asrama , IKAN JAKET ! Ikan jaket tu apa? Ni ha.

Image result for ikan jaket
Ada sisik keras kat luar, sebab tu kami panggil "Jaket" . Nama lain dia, ikan cencaru. 

Kalau bernasib baik, ada 1 minggu tu dapat makan nasi ayam + aiskrim. Seronok ! 
Paling tak best pasal dewan makan ni, waktu makan tengah hari & makan malam. Kau lambat datang, lambatlah kau dapat makanan. Orang yang beratur panjang dah. Dan.......lantai dia kotor, berlecak. eeeee.


KES BULI

Ni kirab buli tahap bawah sekali la ni, jangan komplen.

Kes-kes buli dan ragging ni memang dah sebati sangat dengan kehidupan berasrama. Med sendiri pernah kena buli, cuci toilet & ambilkan makanan untuk senior. Akak senior tengok je dari luar seba dia malas beratur . Ceh. Budaya ni biasanya berkait rapat dengan rasa senioriti. Yang sedihnya bila junior yang selalu kena buli tu jadi senior, benda yang sama dilakukan, sebab dia rasa benda tu LEGAL.


WAKTU PREP = WAKTU TIDUR


budak-asrama-tidur

Kat asrama, waktu tidur adalah sangat berharga sebab paling lama yang korang boleh dapat pun enam jam je. Mana taknya, sepanjang hari korang dah diisi padat dengan kelas. Kelas pagi, kelas petang, prep malam, kelas malam. dari 7.30 pagi sampai la 10 malam!

Setadi je la memanjang. Berhenti pun untuk solat dan makan. Dapat tidur setengah jam dalam kelas tanpa kantoi dah cukup bersyukur.


ROLL CALL TAK PERNAH MENYERONOKKAN !

Roll call ni macam sejenis perjumpaan tak rasmi antara pihak asrama & student . Roll call tengah malam tu paling azab . Dengan tak siap homework, mata dah kuyu, warden suruh berkumpul kat dataran. Kena denda lagi. Paling teruk waktu spotcheck. Dah berapa banyak henfon terbang dari tingkat atas, warden campak. Oleh itu, jadilah insan yang baik. Yang baik dalam menyimpan barang larangan. hehe.


KISAH DI SURAU

1. Anda boleh lihat sekumpulan "mayat" bertelekung , bergelimpangan di medan surau LOL, lagi lagi lepas solat Maghrib.  Kalau ada member yang jahat, dia tinggal nak solat jenazahkan kau je. Ini semua hanyalah metafora sahaja. Sebenarnya kami ni penat sangat kat sekolah sampai ke petang. Takde masa nak rehat macam kat rumah. Surau tu jelah sejuk nak buat tidur.

2. Sesi bacaan surah Yaasin berjemaah. Waktu ni lah seronok nak jamu mata tengok kawan terangguk angguk geleng geleng . Dalam bulatan tu, akan ada yang terangguk angguk ke depan, terhantuk ke belakang atau pun bersandar di bahu member sebelah. Paling teruk, terus sujud ke depan sebab teruk sangat mengantuknya. ish ish

3. Kau perlu tahu, bila warden/cikgu buka tirai antara bahagian lelaki & perempuan, tak seronok, okay. Yang perempuan terpaksa bajet ayu. Kelam kabut betulkan telekung. Namun, benda ni jadi "waktu keemasan" bagi sesetengah student yang ada crush/pakwe . Boleh intai intai bakal "imam" di hadapan . Jangan tipu lah


PONTENG SOLAT BERJEMAAH DI SURAU

You : It's Maghrib ! Let's go to surau. 
Inner you : Stay here. Let's SODORM . No one will see you.

Image result for green puppet twitter meme 2016


*SODORM - SOLAT DALAM DORM


CERITA HANTU

Cerita paling legend kat asrama, kalau bukan pasal Makcik Karipap, mesti Nenek Kebayan. Alhamdulillah , dua makhluk ni tak pernah lagi kacau orang . Tapi lain pulak yang Med nampak. alkisahnya pada suatu malam, Med study atas katil, pukul 1-2 pagi. Tak tahulah cemana hijab nak terbukak, nampak makhluk berbungkus kat hujung katil Lilis *roomate Med waktu tu*. Esok pagi, satu bilik baca surah Yaasin.

HISTERIA 

Asrama & kisah histeria memang tak lari. Sebab tu kalau depressed, banyak letak Allah dalam hati. Kuatkan pendinding diri. Syaitan suka cucuk orang waktu kita tengah lemah. Ni takyah cerita sangat lah kot. Sakit masa tolong budak histeria dulu masih terasa lagi.

APA? TIADA HIBURAN? 

Kuatkan jiwa raga kalau masuk asrama ni. Tiada lagi televisyen, wifi dan handphone . Drama Suri Hati Mr Pilot ke, Mr Bangla tiada di sini . Kita bukan kat rumah. Tugas kita kat sini memang untuk belajar. Masuk asrama bukan murah ya adik adik. Fikirkan mak ayah tu. Tapi jangan risau, hujung minggu korang boleh tengok tv. Asrama bukannya strict sangat.

KAWAN DI ASRAMA = BESTFRIEND FOREVER !

Kawan zaman sekolah lah yang kita rasa macam kawan dunia akhirat hehe. Kat sekolah jumpa, kat asrama pun jumpa. Berkongsi masalah, kongsi makanan, kongsi katil . Katil single tapi 3-4 orang sekali bantai tido. Mana nak jumpa kawan yang sama sama buat kerja gila, gelak macam syaiton waktu malam. Bila dah habis sekolah, menangis nangis tak mau jauh dengan kawan. Normally sebab kawan satu asrama ni ramai yang tak sama daerah/negeri. Susah nak jumpa macam sekolah harian. 


-----------------------------------------------------------


Itu serba sedikit cerita aku sepanjang berada di asrama. Nak cerita banyak, sumpah sampai esok pun tak habis. Rindu sangat kat life asrama. Sekarang dah masuk universiti, rasa dia sama je macam zaman sekolah. Cuma dah takde dah orang nak control makan minum kat sini. Nak keluar pun ikut suka hati :p


Post Terdahuluts> | New things