Mahidah Mahali.
Tuan Tanah


Mahidah Mahali. 25 tahun (2021)
Separuh extrovert, separuh lagi antisosial
-Seorang ibu kepada Siti Nur Aisya Ameena-

Post Blog Tuan Tanah Link

Instagram



Senarai Post Terdahulu
MESIN JAHIT DARI LAZADA
Pengalaman Syahdu Bagi Pelajar Asrama
Cara nak melukis Tumblr Outlines (How to Do Tumblr...
Tips & Trick Mendapatkan Instagram Feed Yang Kemas...
Kenapa emo sangat ni?
Review -- Percubaan pertama Gel Mat Vietnam Mask
I'm back and i'm bored
Tips Untuk Panjang dan Lentikkan Bulu Mata
My daily fashion guide : Hijab dan hipster (ke?)
Game over. Heartbroken.


Kredit
Template : Medd
Header comel :Medd
Tuan tanah: Mahidah Mahali
Paparan terbaik : Google Chrome
REVIEW PRINTER CANON MURAH DARI LAZADA
Wednesday, November 30, 2016 | Wednesday, November 30, 2016 | 0 comments


Hai ! Kalau entri yang lepas kita cerita pasal mesin jahit, kali ni Med nak share pasal printer pulak. Sama juga, beli dari Lazada. Dah kata saya ni online shopper tegar kan. Hiks.

Selepas beli mesin jahit , kepercayaan saya pada Lazada makin kuat untuk purchase barang elektrik lagi. Kebetulan bisnes online Med dah berjalan lancar, Alhamdulillah. Med pula perlukan printer untuk cetak borang poslaju dari Easyparcel .

Macam biasalah, Med survey dulu harga printer kat pasaran. Hari tu singgah Aeon Kulai, kemain mahal printer dia. Paling murah pun RM250, itu pun dah out of stock. Kena preorder. Zzz. Yang lagi geram, akak yang kerja jaga barang elektrik tu nak tak nak layan customer, siap main henfon. Takde adab langsung. Ayah Med memang kawkaw sound budak tu. Haha padan muka. 

Jadinya, Med beli kat Lazada je lah. Jimat masa & tak perlu hadap seller bengkek macam tu.




See? Harga dia lagi murah kan? 3 in 1 Canon Pixma E410 Inkjet Printer. Boleh print, scan & photostat serendah RM199. Yang paling best, seller ni selitkan sekali free ink catridge 2 buah (black & colour) + manual cd. Oh ya, waranti dia 3 tahun. Jangan risau.

Med order masa 22/11/2016. Mula mula saya jangkakan barang sampai lepas 4-5 hari. Tuptup, printer tu sampai 24/11. Kejapnya ! Masa tu ayah Med yang ambil barang tu daripada abang posmen. Terjerit jerit dia kat ruang tamu. Dia pulak excited tengok printer kita. Eh eh haha.




Alhamdulillah. Barang sampai dengan sempurna. Free gift semua ada. Kertas waranti kena simpan baik baik lah ya. Thank you Lazada. MUAH <3
 


Post Terdahuluts> | New things