Mahidah Mahali.
Tuan Tanah


Mahidah Mahali. 25 tahun (2021)
Separuh extrovert, separuh lagi antisosial
-Seorang ibu kepada Siti Nur Aisya Ameena-

Post Blog Tuan Tanah Link

Instagram



Senarai Post Terdahulu
REVIEW PRINTER CANON MURAH DARI LAZADA
MESIN JAHIT DARI LAZADA
Pengalaman Syahdu Bagi Pelajar Asrama
Cara nak melukis Tumblr Outlines (How to Do Tumblr...
Tips & Trick Mendapatkan Instagram Feed Yang Kemas...
Kenapa emo sangat ni?
Review -- Percubaan pertama Gel Mat Vietnam Mask
I'm back and i'm bored
Tips Untuk Panjang dan Lentikkan Bulu Mata
My daily fashion guide : Hijab dan hipster (ke?)


Kredit
Template : Medd
Header comel :Medd
Tuan tanah: Mahidah Mahali
Paparan terbaik : Google Chrome
PENGALAMAN MENGGUNAKAN SERVIS EASYPARCEL
Friday, December 2, 2016 | Friday, December 02, 2016 | 6 comments


Hi ! Untuk akak & abang yang tengah berniaga secara online, entri kali ini sangat bagus untuk korang. Let's check it out !

-----------------------------------------------------------------------

Pernah dengar tak pasal Easyparcel? Tak pernah? Ok Med cerita sedikit apa itu Easyparcel <-- tekan sini untuk ke webpage Easyparcel . Easyparcel adalah satu kemudahan untuk online seller dalam menguruskan penghantaran pesanan-pesanan yang dibuat oleh pelanggan. Jika sebelum ini anda perlu beratur di kaunter Poslaju kini tidak lagi dengan Easyparcel. 

Med ni dahlah tak reti drive, takde lesen, memang leceh lah tiap hari nak pos barang bila ayah pergi kerja. Easyparcel sangat membantu .

Apa yang bestnya pasal Easyparcel ni?

1. Tak perlu pergi ke pejabat pos lagi sebab pihak poslaju sendiri akan pickup barang anda depan rumah

2. Jimat masa & kos minyak. Duduk rumah goyang kaki tunggu van Poslaju sampai.

3. Flat rate untuk pos barang (POSLAJU) serendah RM6 untuk berat bawah 1kg. Lebih murah daripada caj postage di kaunter !

4. Membantu seller yang kesuntukan masa untuk pergi ke pejabat pos ketika waktu pejabat (Korang boleh request Poslaju untuk pickup barang di tempat kerja juga)

5. Pendaftaran pertama kali dapat RM25 percuma

Bagaimana nak buat pesanan penghantaran melalui Easyparcel?

Sila lihat video di bawah




Apa yang wajib bila nak guna Easyparcel

1. Perlu sign up new account di sini --> Easyparcel Malaysia
2. Kena ada printer. Sebab apa? Korang kena print borang poslaju/kurier lain daripada website tadi. Hanya borang pos dari website ini sahaja  yang valid untuk Easyparcel.
3. Ofkos kertas untuk print.




Ini adalah senarai barang yang berjaya dipos menggunakan Easyparcel. Med baru guna servis ni minggu lepas. Mula mula rasa takut jugak. Yelah, first time cuba servis ni. Cuak jugak kalau Poslaju tak datang pickup. Alhamdulillah, walaupun area kampung, dia tetap pickup jugak. Maybe sebab muka Med ni lah tiap masa dia dah hadap sebab Med kaki online shopping. HEHE.
Rupa borang poslaju yang kena print tu. Dah siap alamat pengirim & alamat penerima

Oh ya, mesti ada yang tanya, macam mana nak bayar duit postage? Masa abang posmen sampai ke? mestilah tak. hoho . Lepas korang sign up akaun, korang pergi klik kat Dashboard. Kat situ ada button "TOP UP" . Fungsi topup Easyparcel ni sama je macam topup henfon tu. Tiap kali guna, dia cut credit.
Topup Easyparcel ni ada banyak pakej. Topup boleh dibayar melalui online banking / kad kredit.
So tiap kali korang request untuk pickup barang, topup akan automatik dipotong ikut berapa banyak parcel korang tu melalui website tu. Takyah bayar caj pos pada abang posmen.
Ada kos pengangkutan ke? 100% FREE ! Even parcel korang 1 pun, Poslaju tetap ambil.


Med memang suggest servis Easyparcel kepada online seller yang tiap tiap hari keluar pos barang tu, yang takde masa nak pergi pejabat pos. Tak perlu susah beratur kat kaunter, jimat masa & kos.

Ada apa apa pertanyaan? Boleh tanya di akaun Wechat saya atau komen je kat blog ni. 

Terima kasih.





Post Terdahuluts> | New things