Mahidah Mahali.
Tuan Tanah


Mahidah Mahali. 25 tahun (2021)
Separuh extrovert, separuh lagi antisosial
-Seorang ibu kepada Siti Nur Aisya Ameena-

Post Blog Tuan Tanah Link

Instagram



Senarai Post Terdahulu
TIPS KULIT BEBAS JERAWAT !
Tips Tingkatkan Sales Menerusi Perniagaan Online
TUTORIAL MEMBUAT PESANAN MENGGUNAKAN EASYPARCEL
PENGALAMAN MENGGUNAKAN SERVIS EASYPARCEL
REVIEW PRINTER CANON MURAH DARI LAZADA
MESIN JAHIT DARI LAZADA
Pengalaman Syahdu Bagi Pelajar Asrama
Cara nak melukis Tumblr Outlines (How to Do Tumblr...
Tips & Trick Mendapatkan Instagram Feed Yang Kemas...
Kenapa emo sangat ni?


Kredit
Template : Medd
Header comel :Medd
Tuan tanah: Mahidah Mahali
Paparan terbaik : Google Chrome
TIPS KULIT BEBAS JERAWAT !
Friday, March 31, 2017 | Friday, March 31, 2017 | 0 comments
((Credit : @ellintan))


Mesti semua perempuan struggle nak dapatkan kulit licin daripada jerawat kan? Pelik betul dah pakai skincare mahal, supplement beratus ringgit tapi jerawat tetap nak menyinggah! Stress tengok muka sendiri! Mesti ada silap kat mana mana ni. 


Image result for looking at mirror gif


Jom semak balik list kat bawah ni sama ada korang ada buat ke tak. 


1. Tukar sarung bantal & alas tilam dengan kerap
2. Basuh tuala seminggu sekali. Pastikan ada tuala khusus untuk muka. Elakkan tuala badan untuk lap muka. Bakteria di badan boleh hinggap kat muka
3. Basuh berus mekap dan span lebih kerap. Jangan main lanyak pakai berus kotor kat muka ! Eww.
4. Sanitize skrin handphone setiap minggu. Skrin kotor boleh buat pipi naik jerawat ya.
5. Gunakan spatula untuk cedok krim jika skincare takde pump (better korang beli je botol pump kecik kat MR.DIY tu. baru RM1.50 cemtu)
6. Cuci tangan sebelum sentuh muka

7. Simpan skincare anda jauh dari cahaya matahari. Jangka hayat produk tersebut akan berkurangan jika kerap terkena panas matahari.
8. Skincare yang tiada pengawet (100% organik) senang rosak. Sila letak dalam peti sejuk untuk kekalkan kesegaran & buat produk tahan lama.


KENAPA JERAWAT TETAP MENYINGGAH WALAUPUN GUNA SKINCARE/SUPPLEMENT MAHAL ? 


1. Pegang muka tanpa cuci tangan terlebih dahulu. Bakteria senang merebak hanya melalui tangan tau! Pastu jenis kuku panjang tak potong tu.....eeee nauzubillah!
2. Tak pernah peduli untuk cuci skrin handphone
3. Tak rajin nak detox sebelum cuba apa apa produk. Kulit & usus awak tu banyak toksin tahu tak, sebab tu kesan nak putih, nak flawless lambat. Tahu nak ngomel je kan? (Jom dapatkan teh detox termurah . Klik sini --- INSTAGRAM TEH DETOX & KURUS TERMURAH)
4. Picit jerawat ! Elakkan lah ya. selain menimbulkan parut, kuman dari sisa jerawat tu akan merebak ke tempat lain.
5. Jangan letak skincare kat bilik air. Please lah
6. Terikut ikut pengaruh iklan/kawan. Kawan pakai benda tu jadi flawless, kita pun ikut. Padahal produk tu sesuai untuk dia je. Apa yang terbaik untuk orang lain, tak semestinya baik untuk kulit awak. Hokayyy.
7. Tak jaga makan. Suka sangat telan makanan berminyak , fast food tiap masa. Lepas tu kulit breakout, ada hati lagi tu salahkan produk orang . Wah wahhhh~


Ok tu je. Lain kali saya share lagi. Yang mana tak buat tu, rajin rajinlah ubah habit & buat. Nak flawless bukan depends 100% pada produk aje. Usaha sendiri pun wajib . Good luck!


Post Terdahuluts>