Mahidah Mahali.
Tuan Tanah


Mahidah Mahali. 25 tahun (2021)
Separuh extrovert, separuh lagi antisosial
-Seorang ibu kepada Siti Nur Aisya Ameena-

Post Blog Tuan Tanah Link

Instagram



Senarai Post Terdahulu
TUTORIAL MEMBUAT PESANAN MENGGUNAKAN EASYPARCEL
PENGALAMAN MENGGUNAKAN SERVIS EASYPARCEL
REVIEW PRINTER CANON MURAH DARI LAZADA
MESIN JAHIT DARI LAZADA
Pengalaman Syahdu Bagi Pelajar Asrama
Cara nak melukis Tumblr Outlines (How to Do Tumblr...
Tips & Trick Mendapatkan Instagram Feed Yang Kemas...
Kenapa emo sangat ni?
Review -- Percubaan pertama Gel Mat Vietnam Mask
I'm back and i'm bored


Kredit
Template : Medd
Header comel :Medd
Tuan tanah: Mahidah Mahali
Paparan terbaik : Google Chrome
Tips Tingkatkan Sales Menerusi Perniagaan Online
Friday, December 2, 2016 | Friday, December 02, 2016 | 1 comments

Hai. Dalam urusan perniagaan ni, mesti ada turun naik dia kan? Tiba tiba sales turun tak tahu kenapa. Jom kita check balik apa halangan & tips tingkatkan sales. Med ambil sedikit idea pemasaran dari Dr. Azizan Osman.


1- Minta dan gunakan testimonal pelanggan

  • Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang telah mendapat perkhidmatan yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda.

2- Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain.
  • Contohnya, customer ni memang regular customer. Tiap bulan asyik repeat order. So tak salah kan beri sedikit free gift untuk menghargai customer. Siapa tak suka barang percuma?

3- Rakamkan video anda dan postkan di Instagram/Facebook
  • Steve Job,CEO syarikat APPLE INC menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru merka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah.Jangan lupa link kan video anda tersebut dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.


4- Sentiasa update maklumat baru di dalam akaun perniagaan anda
  • Sentiasa update maklumat/informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Biar orang kenal siapa kita, jual produk apa.

5- Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.
  • Kebanyakan customer tidak suka menunggu lama. Kalau boleh, masa untuk balas mesej atau Whatsapp tidaklah lebih dari 4 jam. Kalau dapat customer yang penyabar ok lagi. Kalau tak, dia memang cari seller lain. 

Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil,sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

6- Guna gambar produk yang ceria, berwarna warni 
  • Gunakan gambar yang jelas dan mudah difahami. Jangan lupa edit gambar produk anda secantiknya untuk tarik perhatian audiens.

7- Guna headline pendek yang memukau
  • Headline yang memukau adalah headline yang menyokong gambar iklan yang digunakan. Headline ditulis bertujuan untuk menarik perhatian prospek dan membuatkan mereka membaca ayat iklan yang seterusnya. 
  • Pelanggan tak suka baca ayat panjang panjang. Ya betul. Jadi sila tukar caption anda.

Contoh :

“SUSAH DAPAT PELANGGAN WALAUPUN DAH HABIS RIBU-RIBU?”
“ANAK MALAS BELAJAR? DAH TAK TAHU BUAT APA DAH?”
Anda juga boleh gunakan teknik soalan ini bagi bertanyakan audiens tentang harapan dan impian mereka. Lihat contoh berikut :
“INGIN TURUNKAN LEMAK DI PERUT TANPA DIET KETAT?”
“NAK BELAJAR CARA BUAT WEB DENGAN MUDAH”


8- ‘Offer’ Tempoh Terhad

  • Anda boleh buat offer terkejut dalam tempoh masa yang terhad. Anda boleh guna ayat Urgency seperti “Tawaran diskaun 50%, Hanya pada Hari Jumaat, pukul 9am-1pm”. Umumkan sehari awal sebelum hari offer tiba supaya prospek mempunyai masa untuk bersedia mendapatkan offer anda tersebut.
9- Tingkatkan imej anda,peniagaan atau kedai anda
  • Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa up to date dan ceria. Untuk penjual online, kalau boleh jangan paparkan kehidupan peribadi anda yang entah apa apa, lagi lagi yang buruk. Orang meluat.
10- Tips percuma di Facebook atau mana-mana sosial media di internet
  • Bersedia memberikan tips percuma yang membantu orang lain. Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda. Contohnya, selitkan tips kecantikan dalam 2 kali sehari . Jangan post gambar produk 24 jam sahaja.
11- Belajar tips perniagaan dari usahawan berjaya
  • Tak perlu tunggu orang suap, kita boleh cari inisiatif sendiri untuk korek rahsia perniagaan. Terdapat banyak seminar perniaagaan di Malaysia. Kalau tak mampu, dalam Internet pun ada.


12- Banyakkan bersedekah
  • Bersedekah boleh membuka pintu rezeki kita. Kena ingat, dalam rezeki kita , ada rezeki orang lain. Cubalah. Nanti anda sendiri boleh rasa sales meningkat.

13- Solat dhuha 
  • Solat dhuha yang berterusan boleh membuka pintu rezeki. Tanyalah mana mana usahawan berjaya, nak berjaya ingat Tuhan dulu. Tak mampu buat tiap hari, 1-2 kali seminggu pun ok. 

14. Jaga hubungan kita dengan mak ayah
  • Kadang kadang kita pelik kenapa kita tak berjaya? Check balik hubungan dengan mak ayah. Ingat, keredhaan Tuhan terletak pada redhanya mak ayah pada kita.





Post Terdahuluts> | New things